KOTA ISKANDAR: Sebanyak 1,585 kes penceraian dilaporkan di negeri Johor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara Mac hingga Julai tahun ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Jslam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, 1,054 aduan berkenaan masalah sosial dan keluarga juga diterima dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata, daripada keseluruhan aduan yang diterima, sebanyak 13 peratus iaitu 137 aduan membabitkan kes keganasan rumah tangga.
“Setiap aduan dibuat melalui sumber-sumber Pejabat Kadi Daerah, talian hotline dan khidmat keluarga, sosial dan komuniti. Sepanjang tempoh PKP, aduan dibuat melalui dalam talian sahaja (manakala) sesi khidmat nasihat keluarga hanya dijalankan melalui janji temu ditetapkan terlebih dahulu,” kata Tosrin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14 di sini.
Sementara itu, Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, sebanyak 9,614 pasangan pula bernikah dalam tempoh antara Januari hingga Julai di negeri ini.
Lima daerah yang merekodkan kes pernikahan tertinggi adalah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Kluang.
Johor Bahru merekodkan sebanyak 2,917 pasangan bernikah diikuti Batu Pahat (1,622), Muar (961), Kota Tinggi (880) dan Kluang (672).
Astro Awani
Tue Sep 07 2021
Daripada keseluruhan aduan yang diterima di negeri Johor, sebanyak 13 peratus iaitu 137 aduan membabitkan kes keganasan rumah tangga. - Gambar hiasan
Ahli perniagaan rugi hampir RM200,000 terpedaya pembelian motosikal di Facebook
Lelaki berusia 49 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang individu tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp untuk tujuan tersebut.
Mohd Ali dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2023
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.
Dua lelaki maut berbalas tembakan dengan polis di PLUS
Dua lelaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis di kilometer 396.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di hentian Tanjung Malim, Perak, semalam.
MITI, MOTAC akan bekerjasama sokong eksport seni tempatan ke luar negara
MITI akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menyokong artis tempatan mengeksport produk mereka.
Zelensky bertemu pemimpin di Singapura, raih sokongan menjelang sidang kemuncak keamanan
Sidang kemuncak itu bertujuan menunjukkan persefahaman bersama dalam majoriti negara mengenai langkah seterusnya ke arah keamanan di Ukraine, dan untuk menyampaikan mesej ini kepada Rusia.
Lee Zii Jia nak memandu pun kena kerumun dengan peminat
Peminat sanggup menunggu pemain perseorangan pertama lelaki negara itu di tempat letak kenderaan di kawasan latihannya.
Zelenskiy bertemu Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin di luar sidang kemuncak keselamatan Dialog Shangri-La di Singapura pada Ahad.
Wanita maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut manakala tujuh cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Tanah Merah.
Islam kukuh reputasi, belasah Poirier di UFC 302
Islam Makhachev mengukuhkan reputasinya selaku petarung pound for pound nombor satu di dunia selepas menumpaskan Dustin Poirier di UFC 302.
Sungai Kandis bertukar biru bukan punca dari kilang - JAS
Siasatan JAS mendapati pelaku dipercayai membuang bahan berwarna itu pada waktu malam atau awal pagi secara 'one off'.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Bella Astillah failkan cerai terhadap Aliff Aziz
Pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.
"Alhamdulillah, berkat Ramadan dan tahajud" - Puteri Sarah syukur kes cerai selesai dengan baik
Puteri Sarah Liyana menzahirkan rasa syukur apabila permohonan penceraian yang diajukan sudah dipersetujui oleh Syamsul mengikut syarat yang akan dibentangkan pada 18 April depan.
Bunga untuk Diana Danielle, tanda pendamaian - Farid
"Bunga ini saya nak beri kepada Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama," kata Farid Kamil.
1,585 kes cerai dilapor di Johor sepanjang PKP 2021
Sepanjang Mac hingga Julai tahun ini juga, sebanyak 1,054 aduan berkenaan masalah sosial dan keluarga diterima.
Kes cerai pasangan Islam di Selangor membimbangkan
Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan jumlah pendaftaran permohonan cerai sebanyak 24,063 kes bagi tahun 2017 dan 2018.
Media sosial boleh jadi medium penyumbang kes cerai
Trend penggunaan gajet elektronik dan media sosial didapati mampu menjadi penyebab penceraian, kata seorang pakar keluarga.
Proses cerai 'fast track' di Selangor atasi kelewatan kes - Hakim Syarie
Sejak diperkenal pada Januari lalu, proses tersebut telah menyelesaian 861 kes perceraian sehingga hari ini.